Mengenai Mykendys® - myKendys
362
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-362,woocommerce-no-js,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-content-sidebar-responsive,columns-3,qode-theme-ver-16.7,qode-theme-bridge,disabled_footer_bottom,wpb-js-composer js-comp-ver-5.5.2,vc_responsive
 

Mengenai Mykendys®

Apa Ialah Mykendys®

Cerita Jenama

Mykendys ® merupakan produk baru yang mempunyai sejarah yang lama. Pada masa awalnya, Mykendys ® hanya diambil oleh atlet pasukan kebangsaan Amerika Syarikat. Garis-garis otot yang indah dan badan yang kuat tidak hanya berdasarkan latihan individu sahaja tetapi memerlukan mereka untuk bersenam bersungguh-sungguh dan mengambil protein yang banyak setiap hari. Sebagai nutrien yang terbaik, Mykendys ® dapat menggalakkan metabolisme atlet semasa latihan, mempercepatkan peredaran darah, mengedarkan nutrien dari darah ke setiap saluran darah serta membolehkan penyerapan nutrien dengan lebih cepat. Di samping itu, untuk atlet yang tercedera, Mykendys ® boleh mempercepatkan pembaikian tisu badan. Semua ini menjadikan Mykendys ® diet pemakanan yang terpilih antara para atlet.

Mykendys ® dihasilkan oleh unit penyelidikan teknologi Zino-Aussie Herbals. Hanya dengan menggunakan teknologi yang canggih, polisinakarida Cynomorium dan asid amino hidrolisis dapat digabungkan dengan sempurna untuk memberi kesan terapeutik yang jauh lebih baik dan efektif berbanding dengan produk yang menggunakan teknologi yang lain.

Mykendys ® mengandungi 23 jenis unsur surih,15 jenis asid amino, triterpenoid saponin, glukokortikoid semulajadi serta pelbagai radikal anti-bebas. Asid amino yang mencukupi dapat meningkatkan fungsi badan dan membolehkan anda mempunyai hidup yang sihat dan bahagia. Asid amino dalam tubuh badan kita akan berkekurangan kerana ia digunakan untuk metabolisme badan untuk menjalankan aktiviti harian. Daya ketahanan badan dan asid amino akan dapat dipertingkatkan dengan cepat sekiranya anda mengambil Mykendys ® untuk menjalankan latihan ataupun aktiviti harian.

Laporan makmal ALS Singapura menyatakan bahawa Mykendys ® tidak mengandungi sebarang hormon, perubatan barat ataupun bahan terlarang. Pada masa yang sama, Mykendys ® juga memperolehi persijilan daripada Malaysia MY CO2 LAB, CHINA CHONGQING, JAPAN FOOD RESEARCH LAB, laporan STC Hong Kong dan PERSIJILAN PRODUK HALAL serta pelbagai pensijilan keselamatan makanan yang lain.

Mykendys®

Analisis komponen

Ingredient - Cynomorium

Cynomorium

Cynomorium merupakan ubat panjang umur yang digelar sebagai “ginseng di padang pasir”. Sejak abad dulu, ia tumbuh di padang pasir dengan keadaan geografi dan iklim yang ekstrem. Disebabkan perbezaan suhu antara siang dan malam yang setinggi 100 darjah celsius, maka sampai sekarang masih tidak dapat ditanam secara komersial sehingga hari ini. Penuaian Cynomorium adalah hanya setahun sekali. Oleh itu, ketepatan masa untuk menuai Cynomorium adalah sangat penting, justeru menjadikan Cynomorium ubat yang amat berharga. Di dalam buku “Compendium of Materia Medica” yang beratus-ratus tahun, terdapat rekod: Cynomorium mempunyai fungsi menguatkan aphrodisiac, memperkuatkan otot dan menguatkan tulang, melicinkan usus, sesuai untuk impotensi dan pelepasan nokturnal yang disebabkan oleh kelemahan buah pinggang, tulang lemah, kelemahan lutut dan usus serta sembelit dan gejala yang lain. Mykendys® juga menggunakan teknologi baru untuk mengkombinasikan bahan-bahan aktif dalam Cynomorium bersama protein hidrolisis dengan sempurna. Kombinasi ini menjadikan kesan kuratif jauh lebih tinggi daripada Cynomorium yang biasa dan memaksimumkan keberkesanan Cynomorium dengan baik.

Ingredients - Ginseng

Ginseng

Ginseng telah lama digunakan untuk memperbaiki fungsi imun badan, menggalakkan metabolisma, menguatkan otot jantung, menahan kelesuan, meningkatkan fungsi hematopoietik tubuh badan, dan memperlahankan proses penuaan. Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan fungsi imun selular, mempromosikan pengeluaran antibodi, menggalakkan transformasi limfosit, dan meningkatkan keupayaan sel NK untuk meningkatkan ketahanan kanser.

Ingredient - Promeganate

Polifenol Delima

Polifenol delima adalah antioksidan yang kuat yang diekstrak daripada delima merah semula jadi. Ia dapat menghalang penuaan sel, menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, membantu meningkatkan keanjalan sendi dan keanjalan kulit, meningkatkan kekuatan dinding saluran darah, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan urat varikos, mencegah strok, mengurangkan retinopati diabetes dan memperbaiki penglihatan.

Ingredient - Malt

Malt

Malt mengandungi maltosa, barli maltamine, asid amino, choline, lesitin, dan lain-lain. Ia mempunyai fungsi menyuburkan kulit, menyuburkan qi, menghilangkan viskera, menyuburkan organ dalaman dan membantu dalam selera.

Ingredient - Coffee Beans

Kopi

Kopi adalah perangsang yang lebih lembut yang dapat meningkatkan kepekaan, perhatian, mempercepatkan metabolisme tubuh badan, memperbaiki keadaan mental dan kecergasan fizikal serta menghapuskan keletihan. Jumlah kafein yang rendah dalam kopi juga membantu mengurangkan air kencing, menghilangkan sembelit, memperbaiki fungsi hati, mencegah penyakit kardiovaskular dan mencegah batu karang.

Ingredient - Brown Sugar

Gula Perang

Gula perang merujuk kepada penyiapan tebu yang ditapai dan ditumpuk untuk membentuk madu. Gula perang mengandungi 95% sukrosa, mengekalkan lebih banyak nutrien tebu dan lebih mudah dicerna serta diserap oleh badan manusia. Oleh itu, ia dapat mempercepatkan penenambahan kekuatan fizikal dan meningkatkan daya hidup. Gula perang juga dikenali sebagai coklat oriental yang mengandungi bukan sahaja karbohidrat yang memberikan haba tetapi juga mengandungi pelbagai unsur seperti asid malik, riboflavin, karotena, asid nikotinik dan unsur-unsur surih mangan, zink dan kromium yang amat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia.

Ingredient- Enzyme

Enzim

Enzim adalah cecair garam rendah yang mengandungi bahan aktif biologi yang diekstrak melalui proses penapaian tumbuhan. Enzim boleh mengawal selia aktiviti hidup badan pada tahap sel, membantu untuk meregenerasi sel-sel tisu, merosakkan toksin dan bahan buangan metabolik, memecahkan lemak dan glikogen untuk menghasilkan tenaga. Ia juga mempunyai kesan pelangsingan, mengawal lemak, detoksifikasi badan dan menyuburkan kulit.

Ingredient - Hydrolized Proteins

Protein Hidrolisis

Protein hidrolisis adalah protein yang diproses melalui proses hidrolisis. Protein makromolekul yang lengkap dihidrolisiskan untuk menjadi protein molekul kecil dan juga asid amino bebas supaya lebih mudah diserap oleh badan. Protein hidrolisis boleh digunakan untuk membina sel, memperbaiki tisu dan memberi sumber tenaga kepada tubuh badan.